Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Shafie Apdal yakin Rang Undang-undang (RUU) Antilompat Parti akan dapat menghapuskan budaya lompat parti dan menjadi instrumen kepada kestabilan negara.
Jelasnya, ketika ini banyak negara telah melaksanakan undang-undang seumpama itu dan sesuai dilaksanakan di Sabah yang paling banyak berlaku perubahan kerajaan.